Monday, May 7, 2012

Tuhan Masih Sayang

Apa yg buat kita rasa diri disayangi? Bagi saya, apabila "dia" memberi petanda pada kita. Petanda tu boleh datang dalam perbagai bentuk. Contoh dapat hadiah, call, sms, kata-kata cinta atau mungin kunjungan. Tapi macam mana pulak nak tahu tuhan masih sayangkan kita? hm....

Untuk tahun 2012 ni, boleh dikatakan " its not a good start for me" sebab banyak sangat perkara menyedihkan yang terjadi. Tak pernah-pernah saya tumbuh jerawat kat dahi sebab stress. Ni dah masuk bulan May, mean that saya still tak gerak dengan plan 2012, tak focus untuk berjaya dan tak berusaha keras untuk berjaya. 

Boleh dikatakan saya hanyut dalam dunia ciptaan saya sendiri. FYI, saya baru keluarkan kereta bulan Feb lepas. Bila ada kereta makin panjang kaki ni. Makin banyak benda boleh buat dan pergaulan juga makin bebas sebab saya boleh berada dimana saja pada bila-bila masa.

OK stop.

Semalam, rasanya hari yang paling gembira buat saya untuk tahun ni sebab satu daripada angan-angan saya bakal menjadi kenyataan KALAU saya focus, berusaha keras dan istiqomah. By Jan tahun depan saya akan tunjuk pada semua yg saya sayang bahawa saya ade sesuatu untuk mereka. Saya dah share benda ni ngan 2 orang kawan baik saya dan mereka beri kata-kata semangat untuk saya. Thanks guys!!! U're my strength.

Apa kaitan berita gembira, jerawat didahi dengan "Tuhan Masih Sayang"? 

Setelah 5 bulan saya hanyut, sedih, stress dan hampir pernah terfikir nak bunuh diri, tuhan bagi "petanda". Dia amik semua keseronokkan, kereta kesayangan dan"penyewa hati" saya. Saya terpaksa naik ulat gonggok semula ke office (KTM). Masa tu lah saya dapat berfikir dengan lebih tenang. Disamping seorang kawan yang tak putus sms tiap kali masuk waktu solat tuk ingatkan kewajipan tu walau dia tahu saya tak bangun tidur pun T__T

With BBF @ genting



Buah hatiku DD &Yan
Itulah pertanda yang tuhan masih sayangkan saya. Satu tips saya nak bagi bila kita dapat ujian dari-Nya. Jangan sesekali merungut. Kalau boleh diam dan simpan sendiri, its better daripada bercerita pada orang sekeliling atau pada kesayangan. Even pada bbf saya yg berdua tu pun saya tak cerita. Diam je. Tuhan bagi ujian tu untuk kita berfikir dengan akal yang waras kurniaan-Nya. Kita boleh meluahkan atau bertanya tapi lepas tu kita duduk diam dan berfikir lagi.

Pastu istiqomah. InsyaAllah kita akan tenang. Langkah kehadapan satu tapak dan teruskan melangkah memperbetulkan kesilapan untuk menuju kejayaan. Saat ni saya rasa macam tak cukup masa, rasa semangat dan berkeyakinan tinggi untuk capai angan-angan putri tu. Saya tak cakap ini cita-cita sebab putri tak pernah terfikir boleh dapat. Macam saya berangan nak jadi puteri :)