Friday, June 8, 2012

Saudara Baru

Saya nak cerita pasal seorang kawan saya. Saya kenal dia melalui xbf saya semasa kteorg sama-sama terlibat dalam business.Dia ni seorang perempuan keturunan cina. Xbf saya ni kawan-kawan dia cina, dia sendiri boleh cakap cina.  Beza umur dia dengan saya dalam 10 tahun. Ape yang menarik tentang entry ni?

Hm.... takde la menarik mana cuma dia,saya dan Islam yang menarik saya untuk tulis entry ni. Selepas hampir 6 bulan kteorg berkenalan dia tiba-tiba suarakan keinginan dia nak mendalami Islam. Bagi orang yang pertama kali facing benda ni agak kelam kabut la saya. Mana saya nak start pun saya tak tau. Masa tu saya dengan xbf saya. Kteorg berdua gelabah. Serius you... korang akan gelabah bila alami situasi macam ni. Sebab saya ni seorang Islam yang mengamalkan Islam secara biasa-biasa sahaja. Takde la sampai hadiri majlis ilmu tiap magrib, dengar ceramah agama etc....tiba-tiba ade orang nak tau pasal Islam.

Ape yang terlintas difikiran masa tu is, cari Ustaz. Try refer phone contact kot-kot ade la kawan Ustaz. Tapi takde rupanya T__T.... Kebetulan Masa tu kiteorg kat area Shah Alam, so we decided to go to Masjid Biru kot-kot la jumpe Ustaz kat situ. Saya bagi dia selendang, dengan seluar 3/4 dia dan baju lengan pendek tapi tutup kepala dia masuk masjid tu bertemu la seorang Ustaz kat situ. Melalui Ustaz tu la bermulanya perjalanan hidup baru kawan saya ni. Ustaz tu bagi contact Ustaz kat Ipoh (kwn saya ni org Ipoh).

Lepas segala urusan dan process untuk dia mendalami/belajar tentang Islam kteorg dah uruskan, saya dah pastikan dia dirujuk dengan orang yang betul, saya dengan kawan saya ni jarang dah berjumpe. Tapi ade la saya call tanya progres dia. Tanya setakat mana dia belajar, ape yang terjadi dalam hidup dia... Lepastu saya dan dia tak berhubung hampir setahun dan saya pun dah putus dengan bf saya tu.Suddenly kawan saya ni call bgtau yg dia nak ucap shahadah dan dia nak saya jadi saksi. Dia berhajat nak ucap kat masjid biru tempat pertama saya bawa dia bertemu Ustaz. Saya ucap Alhamdulillah.

Pada hari dia mengucap shahadah tu saya ade bersama. Saya pakaikan dia selendang. Sangat cantik rupa dia. Saya ada pic dia sebelum mengucap, sebaik saja saya pakaikan tudung. Tapi saya tak boleh upload sebab keluarga dia tak tahu pasal ni. Risau andai ade yang kenal dia terbaca entry ni. So pic ni je la saya boleh bagi. Lagipun pic ni wajib saya simpan sebagai bukti pengislaman dia. (permintaan Majlis Agama Islam)



Sebelah yang berbaju merah tu pun kawan saya yang juga Muallaf (christian convert). Kawan saya tu tengah mengucap  belajar mengucap.


Tapikan.......

Saya tertanya tanya kenapa saya yang dipilihnya untuk bawa dia mendekati Islam? Saya bukan baik dan bertanggungjawab pun. Dia je yang call saya tanya itu ini. Dia juga ada cakap dia semakin terasa nak mendalami Islam setelah kenal saya dan xbf sy tu. Dan setelah setahun tak berhubung dia call saya. Dia jugak yang cari saya untuk khabarkan berita gembira tu. Saya terasa sangat berdosa mengabaikan Amanah Allah yang sangat jarang dialami oleh orang Islam lain. :(

No comments: