Saturday, June 9, 2012

Karma


 I am a true believer in karma, you get what you give.


 Karma moves in two directions. If we act virtuously, the seed we plant will result in happiness. If we act non-virtuously, suffering results. 
Sakyong Mipham
Kehidupan adalah satu proses pembelajaran. Jatuh bangun kita adalah berdasarkan ape yang telah kita pelajari. Kita, terutamanya golongan muda ramaja sangat lah susah nak dengar nasihat orang tua. Kata orang "learn from the lesson", yep tu la sebenarnya process pembelajaran yang terbaik. 

Biasanyalah, orang tak akan belajar/mengerti apa itu karma kalau sesuatu yang terjadi tu adalah dari sudut positif. Kita lebih senang katakan itu rezeki tuhan beri. Memberi pertolongan ikhlas pada orang yang memerlukan dan apabila dia ditimpa masalah tiba-tiba ade orang datang tolong padahal kita tak kenal pun siapa orang tu. Itu kita cakap rezeki yang tuhan bagi. Tapi kalau kita menghianati seseorang, menyakiti seseorang dan kemudian kita pula yang dikhianati dan disakiti barulah kita sedar akan karma.

Jangan beri harapan palsu, ingatlah bahawa karma tidak akan berhenti memburu

Karma boleh dikaitkan dengan sebuah roda dimana sekeliling roda itu adalah kehidupan kita. Andaikata kita berada diatas, tak kan selamanya kita diatas, kita akan berada dibawah juga. Dan jika kita berada dibawah, dan kita sedar akan karma, maka mulalah kita berfikir tentang apa yang telah berlaku dan kita mula menyesalinya. Bagi orang menyedari tentang karma yang berlaku ke atasnya, maka dia akan berubah, beruntunglah dia. Dan roda akan berputar semula. Malanglah bagi yang tidak menyedari akan karma maka sentiasalah dia akan mengulangi kesilapan yang sama.
 Men are not punished for their sins, but by them. 
Elbert Hubbard

Karma sebenarnya lebih terkenal dari sudut negatif. Menyakiti orang, kita akan disakiti. Mengkhianati orang kita pula akan dikhianati. Terimalah ape saja balasan ke atas dosa yang telah kita lakukan. Saya jugak belajar tentang karma. Jujur saya katakan saya sedang dalam prosess belajar dari kesilapan. Dengan ape yang saya telah lakukan, saya terima balasannya. 

Tolong pulangkan puteri ini kepada saya. Kamu tak layak untuk dia.
 Setiap kali ada masalah yang terlalu banyak, henti sekejap dan mula fikir benda yang kita boleh bersyukur. Lihat bagaimana hidup kita berubah

Pagi ni Prof Muhaya post status FB kat atas tu. Dia ajar kita untuk bersyukur denagan dengan setiap yang berlaku. Sesungguhnya, ape saja yang berlaku ada hikmahnya dan cuba seboleh-bolehnya berfikir dari sudut positif atas musibah yang telah melanda. I love u Prof!!!


Syukur ^_^


1 comment:

clown said...

puteri dah xde dengan awak?