Thursday, January 25, 2024

12 tahun Tak Menulis

 

Bismillahhirrahmanirahim.....

Malam ni terpanggil untuk menulis setelah 12 tahun tak menulis di sini.Menjengah blog yang lama dan usang penuh bersawang ni seakan memberikan aura berbeza.Terasa seperti MUDA semula. Dan aku seakan akan memiliki semangat luar biasa untuk mulakan hari esok.

Penulisan aku dari dulu lebih kepada detik detik yang berharga untuk dikenang. Jadi...aku rasa seperti nak teruskan menulis, untuk aku baca mungkin 10 tahun akan datang jika aku masih hidup....Memori ni kalau tak di coret akan hilang sebagai kenangan. Bila kita tulis, ia akan segar dalam ingatan.

Jadi apa kaitan gambar jari aku dan blog aku tu?

Malam ni aku baca balik semua yang aku tulis dari dulu. Aku ni ada jiwa agama tersemat dalam jauh dalam lubuk hati. Dari aku anak dara (zaman jahiliah)

Bukan nak cakap aku ni tak "beragama". Tapi aku ni belum 100% lagi mengamalkan ajaran Islam. Baik dari segi pakaian, dari segi ibadah aku dan dari segi amalan. 

Teringat kisah dulu masa aku terpaksa masuk asrama. Masa tu aku memang anti betul. Sebab aku terpaksa pakai tudung, terpaksa solat....terpaksa berpuasa. Semua yang aku buat atas dasar terpaksa. Masa tu umur aku 16/17 tahun. Jadi aku adalah seorang pelajar bermasalah di sekolah dan di asrama.

Aku ambil pengajaran dari kisah hidup aku ni supaya aku menjadi seorang ibu yang tidak memaksa anak2 memilih jalan hidup dan mempengaruhi keputusan hidup mereka. Aku cuma boleh beri nasihat dan beri kebebasan kepada anak untuk buat keputusan sendiri. 

Beza dengan keadaan sekarang dimana aku buat semua atas dasar ikhlas. Takde sape suruh takde sape paksa. Masa aku menulis ni sebenarnya aku dalam keadaan jiwa kacau. Aku kecewa dengan hidup aku, aku kecewa dengan masa silam aku. Aku tak nampak masa depan, Aku menaip dengan air mata.

Dalam keadaan sekrang ni, terdapat 1000 pertanyaan pada diri aku.

Adakan aku seorang Insan yang baik?

Adakah aku seorang Ibu yang bertanggungjawab?

Adakah aku Isteri solehah?

Adakah aku anak yang berguna?

Yang aku pasti saat ini aku benci dengan diri aku sendiri. 

Dari mana nak mula ya? Aku selalu mohon pada Allah, bagi aku ilham....bawa aku keluar dari bebanan yang aku sedang tanggung. 

Buat masa ini aku lagi selesa menyendiri. Alhamdulillah aku kuat untuk hadapi penghijrahan yang aku pilih. ISOLATE diri.

Masa aku menulis ni umur aku 37 tahun 10 bulan. Aku adalah seorang ibu kepada 4 orang cahaya mata dan masih mempunya suami.

Ape yang aku belajar sampai tahap ni adalah:


Diam kalau orang tak tanya.

Simpan berita sedih simpan berita gembira.

Tak perlu menasihati orang lain kecuali anak2 kau.

Buat kerja kau je jangan sibuk kerja orang lain.

Buat apa kau rasa nak buat bukan sebab orang suruh kau buat.


Dan dalam usia aku 37tahun 10 bulan ni, aku tak nak minta apa2 lagi dgn tuhan selain bantu aku selesaikan hutang - hutang aku dengan manusia dan dengan "DIA" dan bantu aku cabut rasa cintakan dunia dalam diri aku.

Setelah aku selesai segala hutang2 yang ku tanggung sekarang ni Ya ALLAH tolong cabut nyawa aku. 

Aku tak nak terus hidup lagi..aku takut bertambah dosa sedangkan dosa dahulu terlalu banyak tak mampu rasanya aku tanggung. 

InsyaAllah mulai esok aku akan hidup kerana bersedia nak mati. InsyaAllah.....


💗Pu3

No comments: